Hiburan

Bekas vokalis Raihan diserang angin ahmar

PERKHABARAN kurang enak diterima mengenai bekas vokalis kumpulan nasyid kontemporari Raihan, Ah Fad yang dimasukkan ke Hospital Selayang kerana diserang angin ahmar.

Menerusi perkongsi Pegawai Perhubungan Awam (PR) syarikat Saudagar Seni, Azmi Jamsari , Ah Fad kini dirawat di Zon Merah, hospital berkenaan.

Berdasarkan catatan Azmi lagi, angina ahmar atau minor stroke yang menyerang Ah Fad disahkan melalui keputusan imbasan CT semalam.

“Berdasarkan CT scan semalam, terdapat pendarahan dalam otak sebesar 3 sentimeter.

“Hari ini akan dibuat satu lagi CT Scan untuk meneliti keadaan pendarahan tersebut,” tulis Azmi.


Sehubungan itu, rakan-rakan diminta mendoakan kesembuhan buat Ah Fad dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Manakala bagi yang ingin menghulurkan sumbangan meringankan kesulitan yang dihadapi oleh Ah Fad sekeluarga bolehlah menghulurkan bantuan kepada akaun MayBank isteri Ah Fad, Nurul Sakinah Ibrahim, nombor akaun 162526101508 . – SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button