Luar Negara

Peluru berpandu India boleh cetus perang – Pakistan

ISLAMABAD tidak puas hati mengenai insiden peluru berpandu India yang mendarat di wilayahnya pada 9 Mac disebabkan berlakunya kesilapan teknikal.

Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi, bercakap pada sidang akhbar bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha selepas mesyuarat Menteri Luar OIC di Islamabad, berkata Pakistan mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres dan presiden Majlis Keselamatan PBB untuk mengetengahkan betapa seriusnya insiden peluru berpandu itu.

“Kejadian itu boleh mencetuskan perang yang tidak disengajakan di Asia Selatan. Ia serius seperti itu” katanya – Bernama

Kementerian Pertahanan India pada 11 Mac berkata kesilapan teknikal yang menyebabkan berlakunya tembakan secara tidak sengaja ketika penyelenggaraan rutin.

Namun, Qureshi berkata kejadian itu menimbulkan beberapa persoalan yang sangat memerlukan jawapan dan meminta Pakistan untuk mengadakan siasatan bersama mengenai kejadian itu.

Menteri Pertahanan India Rajnath Singh pada 15 Mac berkata di Parlimen negara itu akan menjalankan kajian semula prosedur operasi standardnya untuk menguruskan sistem senjata canggihnya dan menegaskan bahawa sistem peluru berpandu India boleh dipercayai dan selamat – Bernama – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button