NasionalNegeri

Raja Muda Perlis sempurnakan pelepasan Kayuhan Berbasikal Dekad Platinum ATM

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pelepasan Kayuhan Berbasikal Dekad Platinum Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022 di pekarangan APM Perlis di Kangar hari ini.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah APM Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud.

Hadir sama mengiringi Baginda dalam program berslogankan “Sedia-Pantas-Berintegriti” yang serentak dengan aktiviti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli sejauh 25 kilometer (km) adalah Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia, Aminurrahim Mohamed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Pertahanan Awam Malaysia, Dr. Norhafifi Ismail.

Seramai 125 orang peserta terdiri daripada warga APM dari seluruh negara kecuali Sabah telah mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 70 km yang melibatkan persinggahan di tujuh buah destinasi pelancongan menarik di negeri ini.

Beberapa lokasi yang disinggah adalah Pasar Terapung Jabatan Parit dan Saliran (JPS) di Pengkalan Asam, Kangar; Taman Buah-Buahan Eksotik Perlis di Sungai Batu Pahat; Homestay Kampung Ujung Bukit; Muzium Marhum Kayang; Kampung Kurung Tegar; Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis dan Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Batu 5, Jalan Kuala Perlis. – SM

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button