Hiburan

Jennifer Aniston, Brad Pitt berjaya melupakan kisah silam

Berpunca daripada Angelina Jolie

JIKA anda masih belum dapat melupakan detik bagaimana aktor Brad Pitt boleh meninggalkan aktres Jennifer Aniston demi si seksi Angelina Jolie, kini semua peminat perlu tahu bahawa Aniston dan Pitt telah melupakan kisah silam atau cetusan drama yang ditimbulkan oleh Jolie sehingga meruntuhkan rumah tangga Aniston dan Pitt.

Menurut sumber, US Weekly dimaklumkan bahawa hari ini, bekas pasangan Aniston dan Pitt menjalin hubungan yang baik tetapi bukan bermakna perdamaian mereka akan menjurus ke arah hubungan yang romantis.

“Hubungan mereka baik kerana kedua-duanya enggan menoleh ke belakang,” kata sumber.

Hubungan Aniston dan Pitt boleh menjadi jernih apabila mereka mengambil kata putus untuk tidak mengimbas kenangan silam khususnya apa yang telah berlaku ke atas hubungan yang pernah mereka jalin.

“Kedua-duanya bersetuju untuk melupakan kenangan silam yang pahit. Campak jauh-jauh kisah pahit itu.

“Pitt bertanggungjawab. Dia cuba membuat perubahan. Dia tidak menyedari betapa dalamnya luka yang dirasai oleh Aniston ketika Pitt dilamun cinta dengan Jolie,” ujar sumber berkenaan.

Laporan Entertainment Tonight mensahihkan hubungan Aniston dan Pitt kembali pulih.

Kira-kira dua minggu lalu, Pitt telah menghadiri majlis percutian anjuran Aniston dan pasangan ini dilaporkan sebagai individu terakhir yang meninggalkan majlis.

Aniston, bintang siri sitkom Friends dan Pitt, pelakon Ad Astra bertemu pada tahun 1998.

Dua tahun kemudian, tahun 2000, mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja.

Punca perceraian, Pitt menjalin hubungan intim dengan Angelina Jolie selepas mereka digandingkan untuk berlakon dalam filem Mr & Mrs Smith.

Aniston kemudiannya berkahwin dengan Justin Theroux dan perkahwinan itu pula hanya mampu bertahan selama tiga tahun manakala Pitt dan Jolie atau lebih dikenali sebagai Brangelina bertahan selama hampir 12 tahun. Mereka berpisah pada tahun 2016.

Mungkin peminat Aniston dan Pitt mengharapkan hubungan pasangan ini kembali bertaut namun para peminat kedua-dua aktor ini perlu menunggu bagi memberi ruang dan masa untuk Aniston dan Pitt kembali bersama – itu pun jika mereka ada jodoh. – SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button