Hiburan

Pusat tahfiz dirobohkan bukan sebab politik – Aaron Aziz

RAMAI sebenarnya yang tidak tahu bahawa pelakon popular, Aaron Aziz sebenarnya memiliki sebuah pusat tahfiz yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah.

Namun, Aaron dalam satu status akaun Instagram miliknya memberitahu yang pusat tahfiz itu telah dirobohkan.

Bagaimanapun, Aaron enggan memberitahu mengapa pusat tahfiz itu dirobohkan sekaligus mengundang spekulasi daripada netizen yang beranggapan bahawa terdapat campur tangan politik.

BACA> Zahirah Macwilson umum kehamilan, rakan artis ucap tahniah

Bintang filem KL Gangster itu bagaimanapun menafikan semua desas-desus berkaitan dengan isu tersebut.

“Netizen jangan buat spekulasi. Saya tidak salahkan mana-mana pihak apatah lagi benda itu sudahpun berlaku.

“Kalau ada orang perlu disalahkan mungkin saya sebab tidak semak betul-betul berkaitan pembinaan pusat tahfiz itu,” katanya.

Menurut Aaron lagi, dia memuatnaik status berkenaan keadaan pusat tahfiz itu pun sebenarnya sebagai makluman kepada penderma yang membantu daripada segi kewangan.

Jelasnya, dia tidak mahu robohnya pusat tahfiz itu menimbul fitnah daripada mana-mana pihak sama ada netizen, penderma atau dirinya.

BACA> Dynamit julang BTS jadi artis Korea Selatan pertama ungguli carta Billboard

“Apa yang kita perlu lakukan ialah membina semula pusat tahfiz ini dan itu menjadi keutamaan buat saya dan mereka yang terlibat,” jelasnya. -SM

(Visited 1,176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button