Bola SepakSukan

United sertai persaingan rebut khidmat Thiago Alcantara

MANCHESTER United dilaporkan ada menghubungi wakil Thiago Alcantara, yang menyaksikan mereka menyertai Liverpool bagi mendapatkan khidmat pemain tengah Bayern Munich itu.

Semua sudah sedia maklum bahawa juara Liga Perdana Inggeris itu, dilaporkan menjadi pasukan pilihan bagi mendapatkan khidmat Thiago selepas pemain berkenaan memaklumkan Bayern dia mahukan cabaran baru di tempat lain.

Bagaimanapun Liverpool masih gagal memenuhi tuntutan harga yang diletakkan Bayern iaitu 27 juta pound (RM150 juta), walaupun situasi itu dijangka berubah jika mereka dapat menjual Georginio Wijnaldum kepada Barcelona.

Namun begitu, United kini mewujudkan persaingan dengan Liverpool, apabila sedia berunding dengan wakil Thiago, menurut Bild.

Akhbar Jerman itu dilaporkan berkata, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer masih belum membuat sebarang bidaan untuk Thiago, tetapi mereka memang ada menghubungi penasihat pemain berusia 29 tahun itu.

Thiago kini memasuki tahun terakhir kontraknya bersama pemenang Liga Juara-Juara, Bayern dan telahpun memberitahu kelab gergasi Bundesliga itu bahawa dia tidak berminat menandatangani kontrak baharu.

Dipercayai pemain itu berminat dengan idea untuk menyertai skuad bimbingan Jurgen Klopp, tetapi Liverpool perlu menjual pemainnya sebelum bersetuju dengan yuran perpindahan 27 juta pound itu.

Jika tiada bidaan daripada Reds dalam masa terdekat ini, menyertai United mungkin satu idea yang baik dan sekali gus, mampu menghadirkan peningkatan ketara bagi skuad bimbingan Solskjaer yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga dalam Liga Perdana, penggal lepas serta turut layak ke Liga Juara-Juara, musim depan.

Thiago mungkin boleh membantu meningkatkan bahagian tengah United yang diterajui Paul Pogba dan Bruno Fernandes, serta pemain yang baru direkrut Donny van Beek.

Bagaimanapun, pendirian Liverpool ke atas rundingan Thiago mungkin berubah, dengan Wijnaldum dilaporkan telahpun bersetuju menyertai Barcelona. – Mirror UK – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button