Nasional

1,210,779 sudah terima suntikan vaksin Covid-19

KIRA-KIRA 1,210,779 orang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga 20 April laly.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu 748,444 orang terima dos pertama.

Yang menerima dos kedua pula ialah seramai 462,335 orang.

Jumlah pendaftaran untuk mendapatkan vaksin pula ialah sebanyak  9,100,472 juta

Tiga negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi iaitu Selangor dengan 104,338, diikuti Kuala Lumpur (82,907) dan Johor, 74,887.

Selangor turut mencatatkan jumlah penerima tertinggi bagi dos kedua iaitu 65,961 individu, disusuli Perak (48,942) dan Sabah, 43,741.

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button