BeritaNasionalpilihan

FELCRA sasar bantu perkukuh industri penternakan dan pertanian negara.

Sejumlah RM59.64 juta peruntukan geran dalam Rancangan Malaysia ke 12 bagi melaksanakan Projek Ternakan Ayam Padaging Sistem Tertutup

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar terus mengiktiraf FELCRA Berhad dengan menyalurkan sejumlah RM59.64 juta peruntukan geran dalam Rancangan Malaysia ke 12 bagi melaksanakan Projek Ternakan Ayam Padaging Sistem Tertutup yang akan dilaksanakan di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, Pahang.

Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, barkata “Projek ini telah berterusan dengan kerja-kerja kerja-kerja pembersihan tapak dan menyediakan jalan masuk.  Seterusnnya, kerja-kerja pembinaan diijangka akan bermula pada Jun 2022.”

“Proses pembinaan ini adalah merupakan tugasan yang rumit dengan pelbagai prosedur dan SOP yang perlu dipatuhi. Oleh itu, dijangkakan bahawa projek ini akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2023” katanya lagi ketika hadir di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Pahang hari ini.

Projek in akan merupakan idea strategik dan komitmen FELCRA Berhad untuk mengadaptasi pengalaman dan strategi untuk melaksanakan Projek Ternakan Ayam. Projek Mega Makanan Negara ini akan membuka 500 peluang pekerjaan kepada   masyarakat setempat.

Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar ketika hadir di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Pahang hari ini. Foto: Bahagian Komunikasi Korporat FELCRA Berhad

Dijangkakan, penternakan mega ini akan berjaya menghasilkan 600 ribu ekor ayam dari setiap pusingan atau dalam setiap 35 hari.

Beliau juga turut menyatakan bahawa bukan rakyat Malaysia sahaja bergantung kepada ayam sebagai sumber protein malahan keseluruhan rakyat dunia memang penggemar ayam serta kekurangan sumber bekalan ayam sering menjadi isu terutama ketika musim perayaan.

“Saya doakan semoga inisatif yang diambil oleh KPLB melalui FELCRA Berhad ini akan berjaya dan mampu menampung bekalan negara” katanya lagi. – SM

Baca artikel ini > FELCRA laksana inisiatif perkukuh keselamatan makanan

 

 

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button