Sukan
Peninju meninggal dunia selepas tewas
CHICAGO – Petinju Amerika Syarikat (AS), Patrick Day, 27, meninggal dunia empat hari selepas kalah menerusi kiraan knocked out, kata promoter, Lou DiBella.
Day yang tidak sedarkan diri diusung keluar dari gelanggang selepas tertarungan dengan Charles Conwell di Chicago pada Sabtu lalu yang mana beliau ditumbuk beberapa kali.
“Beliau memilih untuk bertinju, mengetahui risiko yang bakal dihadapi oleh setiap peninju apabila memasuki gelanggang tinju,”.
“Bertinju adalah sesuatu yang Pat (Patrick) suka,” kata DiBella dalam satu kenyataan seperti dipetik DPA.