Hiburan

Pelakon, Idris Mat Diah meninggal dunia

PELAKON pembantu dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2, Idris Mat Diah, 61 meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh anak arwah, Alia yang berkata ayahnya mula tidak sedar diri kira-kira pukul 2 pagi.

“Saya kemudian menghubungi ambulans sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Arwah ayah juga memberitahu yang dia tidak mempunyai selera makan,” katanya.

Menurutnya, jenazah ayahnya kini dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong.

Jelasnya, jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Al-Faizin, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Selayang.

Tambahnya, jika ada sesiapa yang berhutang dengan arwah ayahnya, boleh berhubung terus dengannya atau ahli keluarga yang lain.

Arwah Idris giat dalam dunia lakonan terutamanya menerusi drama antaranya Andainya Takdir 2, Zahir Tak Terucap dan Love You Mr Arrogant. -SM

(Visited 499 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button