Hiburan

Que Haidar persoal etika kerja pengurus produksi

LAMA tidak nampak kelibat pelakon, Que Haidar dalam dunia lakonan.

Que sebelum ini pernah memberitahu yang dia masih lagi berlakon tetapi menantikan tawaran yang memberi kelainan dan kepuasan kepada dirinya.

Terbaharu, Que secara tiba-tiba menegur seorang pengurus produksi yang dipercayai cuba menawarkan kerja kepadanya.

Mengapa Que berbuat demikian? Menerusi akaun Instagram miliknya, Que menegur tindakan pengurus produksi itu yang dilihat tidak beretika.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup tapi saya memang tidak gemar bila ada yang menawarkan projek dengan bertanya tarikh saya dahulu.

“Maaf sekali lagi, saya rasa etika kerjanya tidak betul,” katanya.

Menurut Que, seseorang itu sepatutnya membentangkan apa isi projek tersebut, siapa pengarah, jalan cerita, watak, pemain-pemain yang lain dan lokasi.

Jelasnya, pelakon yang sepatutnya bertanya berkenaan dengan tarikh tersebut.

“Ini bukan untuk pelakon sahaja tetapi saya gunakan cara ini dengan semua pekerja-pekerja filem.

“Maaf sekali lagi sebab saya terpaksa tolak tawaran anda sebelum saya ambil tahu mengenainya,” jelasnya.

Pendirian Que itu mengundang pendapat berbeza di kalangan peminatnya.

Ada yang menyokong tindakan Que kerana seseorang itu perlu tahu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran.

Tetapi ada juga yang menganggap Que tidak perlu memuat naik perbualannya itu kerana pengurus produksi sekadar bertanya waktu yang sesuai sahaja. -SM

(Visited 574 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button