Nasional

PKP: Satu keluarga dari Johor lepas balik Kedah, satu kampung risau

KETIKA menghubungi keluarga di kampung malam tadi untuk bertanya khabar ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mereka bertanya, PKP ini kawalannya macam mana?

Mereka juga bertanya, betulkah pergerakan musim PKP tidak boleh melebihi 10 kilometer, dan hanya seorang sahaja boleh keluar berkereta pada satu-satu masa?

Kemusykilan mereka itu timbul ekoran ada anak jiran baru pulang dari Johor bersama dengan keluarganya. Bagaimana mereka sekeluarga yang  pulang berkereta boleh melepasi semua sekatan jalan raya sepanjang perjalanan?

Kisah satu keluarga dari Johor boleh terlepas balik ke Kedah ketika PKP ini berlaku disebuah kampung di daerah Padang Terap.

Kepulangan anak jiran bersama keluarganya itu sedikit sebanyak mencemaskan penduduk kampung.

Ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang kampung kerana khuatir kemungkinan mereka turut membawa pulang virus Covid-19.

Ini disebabkan di Johor terdapat kawasan yang disenaraikan sebagai zon merah Covid-19. Dari Johor untuk sampai ke Kedah mereka sekeluarga merentas sekurang-kurangnya lima negeri.

Lagi pula, tidak siapa tahu di mana mereka singgah dan dengan siapa mereka berhubung, yang mana ada kemungkin mereka turut mempunyai kontak dengan orang yang dijangkiti virus itu. Tiada siapa tahu.

BACA

Kerana bimbang dengan kepulangan anak jiran itu, orang kampung telah membuat laporan kepada pejabat kesihatan daerah.

Bertindak atas laporan tersebut, pejabat kesihatan daerah bertindak pantas membawa keluarga berkenaan menjalani pemeriksaan dan seterusnya mengarahkan mereka supaya kuarantin diri sendiri di rumah selama 14 hari.

Pihak pejabat kesihatan daerah telah mengeluarkan surat kuarantin kepada keluarga berkenaan dan jika mereka melanggar perintah itu, tindakan undang-undang akan dikenakan.

Kini orang kampung berharap anak jiran bersama keluarganya itu patuh kepada perintah kuarantin tersebut demi kebaikan bersama.

Persoalannya yang timbul ialah bagaimana mereka sekeluarga boleh melepasi sekatan jalan raya ketika PKP ini?

Kalau hendak dikatakan kawalan tidak ketat dalam tempoh PKP ini, rasanya tidak tepat juga. Boleh dikatakan hampir semua jalan utama untuk keluar dari setiap negeri ada sekatan.

Jika melalui Lebuhraya Utara Selatan, sebaik melepas Tol Juru sudah ada sekatan. Cuma manusia ini kadang-kadang ada bermacam-macam helah.

Apa pun ia berbalik kepada kesedaran diri. Jika individu itu ada kesedaran, perkara seperti ini tidak timbul.

Masalah akan menjadi lebih rumit apabila apa pihak yang mementingkan diri sendiri. Tidak fikir keselamatan orang lain. Dalam kes ini, anak jiran terbabit tidak fikir keselamatan keluarganya dan penduduk kampung secara keseluruhan.

Itu pun jiran berkenaan tidak puas hari dengan tindakan orang kampung melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung anaknya itu.

Ini soal kesihatan dan keselamatan. Nasib baik juga ada orang kampung yang mempunyai kesedaran tentang bahaya Covid-19 dan cepat bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Cuma didoakan anak jiran bersama keluarganya itu bebas Covid-19 serta mematuhi perintah kuarantin pihak jabatan kesihatan supaya tidak mengancam penduduk kampung. – SM

 

 

(Visited 724 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button