Nasional

Dilarang jumpa doktor di hospital kerana berseluar pendek

SEORANG wanita mendedahkan bagaimana dia tidak dibenarkan untuk masuk bertemu doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Rabu kerana memakai seluar pendek.

Dalam hantaran di platform X, wanita dikenali sebagai Carol Yong berkata, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Namun dakwanya,  pengawal keselamatan dihospital itu tidak benarkan malah turut menjerit dengan mengeluarkan kata-kata menghina dan bersifat perkauman terhadapnya.
“Saya hanya dibenarkan masuk selepas seorang jururawat memberikan sehelai seluar panjang. Selepas bertemu doktor pengawal keselamatan yang sama datang dan beritahu ‘sudah habis kena keluar’.
“Eh ini pengawal keselamatan hospital ke penjara? Saya kemudian bertemu dengan pihak pengurusan hospital, pengawal keselamatan dan penyelia,” katanya.
Carol Yong berkata, pihak pengurusan HSA dan pengawal keselamatan tersebut kemudian memohon maaf dan dia mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kes tersebut dianggap sudah selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan mengadakan perbincangan.
“Kes ini telah diselesaikan dengan cara musyawarah. Kami dah bagi teguran, biar pihak konsesi iaitu syarikat keselamatan untuk ambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu insiden tersebut tular dalam media sosial dan mengundang rasa tidak puas hati netizen termasuk ada yang berkongsi layanan dan pengalaman lain semasa mendapat di HSA.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button