Nasionalpilihan

Kedutaan AS nafi laporan Malaysia taja keganasan

Amerika Syarikat (AS) tidak mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas syarikat Malaysia mahupun menyenaraikan Malaysia sebagai penaja negara keganasan.

Demikian penegasan Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur berhubung laporan bahawa empat syarikat yang berpangkalan di Malaysia dikenakan sekatan terbaru berhubung dakwaan memberi sokongan untuk membiayai aktiviti keganasan.

Laporan yang tersebar di media sosial malam tadi berikutan perbincangan rasmi antara pegawai Jabatan Negara AS dan beberapa menteri Malaysia, seolah-olah diterbitkan oleh Reuters.

“Penipuan di bawah yang tersebar di WhatsApp dan media sosial lain adalah berita palsu,” demikian menurut kenyataan kedutaan itu di X.

Pada masa yang sama agensi berita Reuters turut menafikan mereka mengeluarkan berita tersebut.

Reuters dalam kenyataan di platform X turut menafikan mereka mengeluarkan laporan tersebut.

“Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Reuters tidak melaporkan perkara ini,” kata agensi berita itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button