Nasional

Muafakat Nasional terima pendaftaran 20,000 ahli pelbagai bidang dalam masa seminggu

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mengakui terkejut apabila mengetahui dalam tempoh seminggu, sudah 20,000 rakyat Malaysia pelbagai bidang mendaftarkan diri sebagai ahli.

Sehubungan dengan itu, pasukannya sedang membuat tapisan untuk memberikan nombor ahli dan Annuar memohon maaf atas kelewatan tersebut kerana banyak kerja berkaitan sedang disempurnakan.

“Sepatutnya hari ini saya mengumumkan keahlian dan membuka keahlian namun atas permintaan ramai, hari Ahad lepas saya diberitahu setiausaha kerja, bukalah sebab ramai sangat yang bertanya.

“Tiba tiba apabila dibuka saya terperanjat dalam masa 24 jam, 10,000 lebih telah memohon menjadi ahli dan apabila saya minta profail daripada pendaftaran itu, datangnya daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Baca Juga > Muafakat Nasional teguh dengan prinsip NGO, bukan berlatar belakangkan parti!

Annuar Musa berkata demikian mengulas jumlah permohonan rakyat Malaysia sejak Ahad lalu yang mahu menjadi ahli MN yang diterajui beliau.

Lebih mengejutkan, jumlah permohonan tersebut terus meningkat dan Annuar bersama pasukan sedang menyusun banyak perkara untuk mentadbir urus MN dengan baik.

“Sehingga hari ini, sudah hampir lebih 20,000 yang memohon sehinggakan saya jammed dari sudut macam mana nak respon, macam mana nak jawab, macam mana nak susun, macam mana nak tadbir sebab asalnya MN itu kecil-kecil sahaja.

“Sebagai orang yang baru keluar dari kapal, takkan boleh bawa kapal yang besar tetapi realiti hari ini memeranjatkan saya,” katanya.

Baca Juga > Muafakat Nasional perkenalkan sekolah politik, khusus buat generasi muda Malaysia

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button