Nasional

Amaran cuaca buruk di Labuan dan Sarawak

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak dan Labuan pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebooknya memaklumkan, amaran cuaca buruk melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah di Sarawak.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi ini,” kata MetMalaysia.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button