Nasional

Adakan Perhimpunan Solidariti Rakyat Malaysia-PUTRA

SATU dunia mengutuk kekejaman tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestine. Apatah lagi hari ini tercetus peperangan kemanusiaan di antara tentera Hamas dengan tentera Israel yang bermula sejak Sabtu lepas.

Presiden Israel dengan kejam dan tanpa ada hati perut membuat banyak sekatan termasuk menyekat bantuan makanan, perubatan dan bekalan air kerana kononnya mahu ‘mengajar’ tentera Hamas yang sebenarnya, memalukan tentera zionis Israel kerana kegagalan pihak mereka untuk menyekat ‘hujan’ bom yang dilancarkan oleh tentera Hamas di Semenanjung Gaza.

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti Parti PUTRA, Zarina Zainal Abidin berkata, PUTRA menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar menjadi suara paling lantang dalam menyatakan pendirian untuk menyelar dan mengutuk dengan keras tindakan Zionis Laknatullah di barisan paling hadapan bagi mewakili Malaysia.

“PUTRA atas cadangan Presiden, Dato Dr Ibrahim Ali mendesak agar Kerajaan Perpaduan mengadakan perhimpunan secara skala besar mencecah lebih 1 juta orang.

“Kita menggesa agar semua  pemimpin dan ahli politik bersama seluruh rakyat di negara ini sertai perhimpunan itu sebagai tanda solidariti kukuh lagi padu terhadap rakyat Palestin yang sedang bermati-matian berjuang menyelamatkan nyawa dan bumi milik mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zarina berkata, inilah masanya kita semua merapatkan saf demi satu matlamat yang sama dengan menolak segala bentuk perbezaan ideologi politik mahupun ketidaksamaan dari segi sosial.

“Apa yang lebih penting pada saat ini ialah semua ketua dari blok kerajaan, pembangkang atau kuasa ketiga seperti PUTRA serta NGO senada dalam menunjukkan empati yang tidak berbelah bahagi atas dasar prinsip kemanusiaan untuk mereka di bumi Gaza,” ujar beliau.

Perhimpunan Solidariti Rakyat Malaysia, pada pandangan Zarian, boleh diadakan di mana-mana tempat terbuka yang mampu memuatkan kapasiti untuk satu jumlah kehadiran yang besar seperti di Dataran Merdeka sehinggalah ke Padang Merbok serta kawasan sekitarnya.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”. (Surah al-Maidah, ayat 2).

Zarina berkata, sudah tiba masanya Perdana Menteri Anwar berdiri di barisan saf paling hadapan bagi mewakili rakyat di negara ini walaupun mungkin inilah “selemah-lemah” tindakan yang boleh dibuat bagi membantu para pejuang Hamas di Palestin.

“Ayuh PMX! Gunakan kuasa kepimpinan anda untuk bersolidariti bersama-sama dengan mengumpulkan kesemua yang disebutkan tadi atas dasar yakni tidak lain dan tidak bukan kerana kita semua adalah manusia,” katanya. – SM

BACA Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel di Gaza

BACA Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas Gaza

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button