JenayahNasional

Kanak-kanak maut dihempap tiang batu beranda rumah

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas ditimpa tiang batu beranda rumahnya di Kampung Bukit Nangka, Melaka yang runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian pukul 7.00 malam itu, mangsa, Nur Iman Irdina, 4, ditemui berlumuran darah dileher oleh
ibunya, Aznynaqiah Mat Ali, 44.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, sewaktu kejadian ibu kanak-kanak tersebut berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa.

Menurutnya, ibu mangsa tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat lalu bergegas keluar dan terkejut mendapati anaknya dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian kepala.

“Mangsa terus dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu sedang mendapat rawatan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa bermain seorang diri di bahagian beranda rumah itu
manakala abangnya pula berada di ruang tamu.

Menurutnya, anak bongsu daripada lima beradik itu mengalami kecederaan parah di leher selepas dihempap
tiang batu beranda rumah.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan hentakan kuat di kepalanya.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button