Nasionalpilihan

97% kes Covid di KL dan Putrajaya adalah kategori 1 dan 2

SEBANYAK 97 peratus atau 2,418 kes positif Covid-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada semalam adalah daripada kategori 1 dan 2.

Pusat Peyelarasan dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) dalam satu kenyataan berkata, sebanyak empat kluster baru dikesan dan kesemuanya adalah melibatkan pekerja tapak binaan.

“Walaubagaimanapun, 77 kes dari kluster tapak bina hanya menyumbangkan 3% daripada
jumlah keseluruhan pada hari ini.

“Peratusan kes dari kalangan warga asing turut meningkat sedikit namun tidak melebihi 25%. Separuh daripada kes yang direkodkan pada hari ini (55%) telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksinasi,” katanya.

Menurutnya, satu daripada empat kluster baru yang dikesan iaitu tapak bina The Valley Residence, Setiawangsa pernah mencatatkan kluster pada 7 Disember 2020 dengan kumulatif 98 kes pada tahun lepas.

Jelasnya, kluster berulang ini timbul kerana pekerja masih mendiami rumah kongsi yang tidak kondusif, dan tidak mematuhi SOP dan belum mendapat suntikan vaksin.

“Trend yang sama turut diperhatikan bagi sektor perkilangan iaitu di Kilang KL Ria di Desa Tun Razak Cheras yang telah mencatatkan 2 episod kluster pada tahun 2021.

“Sebanyak 15 kes dilaporkan di kilang tersebut pada hari ini hasil saringan kontak rapat di kalangan pekerja.

“Majoriti kes adalah dari kalangan kontak rapat yang mencatatkan lebih 50% daripada jumlah keseluruhan kes.

“Lebih 1/3 kes (39%) merupakan jangkitan sporadik yang dikesan menerusi saringan kendiri di fasiliti swasta berikutan gejala yang dialami oleh kes namun tiada hubungan jelas dengan mana-mana kes Covid-19,” katanya.

Tambahnya, peratusan kes yang mengalami radang paru-paru yang memerlukan kemasukan ke hospital kekal dalam linkungan 3% iaitu sebanyak 73 kes bagi WPKL dan manakala 1 kes bagi Putrajaya. -SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button