Nasional

80 Pesilat Danau Kota Lulus Ujian & Terima Kenaikan Bengkung

Sebanyak 80 anak-anak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dari Gelanggang Bistari Danau Kota dan Surau al-Muttaqin diberi pengiktirafan untuk kenaikan bengkung.

Simbolik kenaikan bengkung membawa maksud seseorang anak gayong itu lulus ujian yang ditetapkan dan bersedia untuk menambahkan sukatan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Imam Khalifah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya PSSGM, Abd Rais Abd Rahman berkata, PSSGM cawangan Wangsa Maju memiliki hampir 500 pesilat yang berdaftar.

“Ia bukan sahaja menjadikan PSSGM cawangan Wangsa Maju memiliki jumlah pesilat paling banyak malah angka itu dijangka akan terus bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, yang merasmikan Majlis Penyampaian Bengkung itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir.

Hal ini demikian kerana dengan galakan ibu bapa, Majlis Penyampaian Bengkung dapat dilaksanakan dan kejayaan anak-anak dalam mendapat kenaikan bengkung dapat disaksikan bersama.

Dalam masa sama, Zahir turut menyebut bahawa dalam sesi pembukaan sesi sidang Parlimen, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menyebut nama Wangsa Maju.

“Dalam titah itu, Tuanku menyatakan bahawa projek perintis bandar rendah karbon adalah di Wangsa Maju dan saya kira itu satu penghormatan,” ujar Zahir. – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button