Nasional

Debat Perdana Najib Razak-Anwar Ibrahim malam esok

HARI yang dinanti-nantikan telah tiba. Malam esok, Debat Perdana di antara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan bekas timbalan perdana menteri (era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung.

Debat Perdana di antara dua figura politik negara, waimah apa sejarah hitam di antara kedua-duanya, diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang pada pukul 9 malam.

Berlaku perubahan tempat atau lokasi kerana jika mengikut sidang media yang diadakan oleh wakil kedua-dua individu, Isham Jalil (Najib) dan Fahmi Fadzil (Anwar), debat itu bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Walaupun tidak dinyatakan mengapa berlaku pertukaran lokasi, yang penting, seluruh rakyat Malaysia mahu menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen.

Apabila Astro menjadi salah satu daripada media rasmi Debat Perdana tersebut maka penonton yang mahu mengikuti perbahasan di antara Bossku dan Ketua Pembangkang diramalkan dapat menyaksikannya di saluran televisyen berbayar itu.

Kemungkinan besar, durasi perdebatan adalah selama satu jam.

BACA PAUTAN DI LINK: https://suaramerdeka.com.my/debat-perdana-najib-anwar-12-mei-depan/

Isham pernah menyatakan, format Debat Pedana dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu berhubung permasalahan yang dihadapi oleh syarikat minyak dan gas, Sapura Energy yang sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

“Bahagian kedua, berhubung masa depan negara yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan yang ketiga, sesi soal jawab,” kata Isham.

Antara tiga bahagian, pada hemat Isham, sesi soal jawab yang akan mencuri tumpuan audiens yang hadir di Dewan Tunku Abdul Rahman malam esok.

Untuk makluman, tempat duduk adalah terhad dan kalangan pengamal media yang membuat liputan, turut dikenakan syarat tertentu oleh pihak penganjur.

Awal bismillah, Debat Perdana diadakan untuk menunjukkan kepada rakyat, kematangan politik di negara kita.

Yang penting, malam esok, debat bukan pertelingkahan atas pentas yang akan disaksikan oleh rakyat Malaysia dan bukan juga kerjasama politik.

Sama-sama kita saksikan natijah selepas diadakan Debat Perdana sama ada persaingan politik dapat diadakan secara sihat atau ia sekadar retorik untuk menarik pengundi apabila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan nanti. – SM

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button