Nasional

7,740 jalani kuarantin wajib sejak 24 Julai

SEHINGGA 24 Julai lalu hingga semalam sebanyak 7,740 daripada 15,866 individu yang pulang ke tanah air sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Mereka menjalani kuarantin di 67 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Labuan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, terdapat juga mereka dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Daripada jumlah 15,866 yang pulang ke tanah air dalam tempoh 24 Julai lalu hingga semalam, seramai 7,740 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 43 individu dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam tempoh sama, beliau menjelaskan, seramai 8,083 individu telah dibenarkan discaj dan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, 15,866 individu berkenaan pulang dari 32 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun dan Turki.

Selain itu, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.-SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button