Nasional

3, 207 graduan diploma pada Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ke-14

MAJLIS Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Kali 14 di Dewan Harumanis PTSS di Pauh, Perlis hari ini menyaksikan 3, 207 graduan lulusan diploma dalam pelbagai jurusan.

Graduan ini telah tamat pengajian Sesi Disember 2018, Sesi Jun 2019, Sesi Disember 2019, Sesi Jun 2020 dan Sesi Disember 2020.

Buat julung kalinya, majlis konvokesyen ini diadakan sebanyak 9 sidang, bermula 20 Mac dan akan berakhir pada 24 Mac 2022.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis konvokesyen ini.

Berkenan hadir Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Zubaidah Aman dan Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

Tiga anugerah utama diberikan iaitu Anugerah Diraja dan penerimanya ialah Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman dari Diploma Pengurusan Acara, Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan.

Muhammad Nazmi Hakimi, 22 dari Ipoh kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Anak sulung dari tiga adik ko beradik ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah aktif dalam ko kurikulum sehingga mengharumkan nama PTSS di peringkat luar.

Anugerah Pengarah pula diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi setiap sesi pengajian.

Anugerah Pelajar Istimewa adalah khas untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari Sijil Kemahiran Hotel Dan Katering. Penerimanya ialah Hor Wei Hau seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan sering mewakili PTSS dalam acara larian. – SM

 

(Visited 1,788 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button