Nasionalpilihan

Presiden PBS pemimpin politik terakhir bertemu Agong hari ini

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili tiba di hadapan pintu dua Istana Negara di sini hari ini.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau didapati masuk ke Istana Negara sekitar pukul 2.16 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Presiden PBS itu merupakan pemimpin parti politik terakhir yang menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

PBS memeterai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjalin hubungan politik secara formal dalam kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN ) Sabah.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi juga hadir kira-kira pukul 9.50 pagi tadi untuk mengadap YDPA. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button