Nasional

Kelulusan mytravelpass dipantau rapi KDN

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menzahirkan pendirian tegas dalam memberikan kelulusan mytravelpass bagi menghalang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, adalah perlu jumlah ketibaan dan pelepasan warga Malaysia dan warga asing dipantau dalam tempoh pandamik Covid-19.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Jabatan Imigresen (JIM) berperanan sebagai barisan hadapan dalam menentukan setiap pergerakan keluar masuk ke dalam negara. Ini kerana terdapat 11 pintu masuk negara yang aktif dan diwartakan di seluruh negara.

“Terkini, seramai 944,614 warganegara Malaysia yang kembali ke tanah air manakala direkodkan 240,406 warganegara asing yang masuk ke negara kita,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak kementerian tegas dalam memberikan kelulusan mytravelpass kepada para pemohon sama ada rakyat Malaysia atau pun warganegara asing.

Permohonan mytravelpass warganegara Malaysia yang diluluskan ialah 38,315 manakala ditolak permohonan ialah sebanyak 12,767, ujar beliau dalam kenyataan yang sama.

Bagi lawatan sosial dan PR, kementerian, kata Hamzah,  meluluskan 9,563 dan menolak 16,310 permohonan.

“Bagi ekspatriat, daripada jumlah keseluruhan 64,134 permohonan,  kita luluskan 44,104 dan menolak 20,030.

“Pekerja asing dan pembantu rumah asing yang kita terima permohonan secara keseluruhan iaitu sebanyak 32,627, kita hanya boleh me,luluskan 9,431 dan menolak 23,196 laghi permohonan,” katanya.

Hamzah menambah , dasar kawalan sempadan melalui sekatan kemasukan warga asing berjaya menghalang penularan kes import.

“Justeru bagi menyekat Covid-19 yang diimport daripada negara yang berpotensi tinggi, kerajaan telah melaksana sekatan terhadap 23 negara berisiko tinggi.

“Bermula 28 April lalu, JIM telah mengeluarkan arahan sekatan penuh ke atas warganegara India termasuk penerbangan dari negara itu dalam mengawal penularan Varian of Concern atau VOC di negara ini,” kata beliau. – SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button