Berita

Selalu lakukan penilaian diri, perbaiki diri – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai mengajak semua supaya ‘Selalulah menilai diri sendiri atau melaksanakan penilaian kendiri masing-masing bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dan kesanggupan untuk menerima, bahawa sebagai manusia, tiada yang sempurna. Sentiasalah juga berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang kita ada, agar mampu menjadi manusia yang lebih baik.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-A’la Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Amil bagi kariah berkenaan Kamal Khairi Kasin diamanahkan menerima daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs untuk diagihkan RM700 setiap seorang.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, ‘Sentiasalah juga mengkaji bagaimana cara kita memberi respon dalam apa-apa situasi yang mencabar dan penuh tekanan. Belajarlah untuk mengawal emosi walaupun jika berada dalam situasi yang genting dan mendesak sekalipun’.

Baginda juga mahukan setiap pemimpin di peringkat mana sekalipun untuk sentiasa mengenal pasti bagaimana tindakan kita memberi kesan kepada orang lain. Ini adalah kerana apabila seseorang itu menjadi ketua, pasti menuntut keputusan yang mungkin akan memberikan kesan kepada staf bawahan. ‘Letakkan diri anda di tempat mereka, bagaimanakah perasaan anda jika anda diperlakukan sedemikian?’ jelas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button