Alam SekitarKebakaranNasionalNegeri

565 kes ribut, 18 kebakaran di Perlis sehingga Ogos

SEBANYAK 565 kes ribut dan 18 kebakaran telah berlaku di Perlis sehingga Ogos ini, kata Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM358, 950 bagi membantu mangsa terbabit.

Wan Badariah, Mohd Shukri, Ku Chik dan Abu Bakar menunjukkan makanan “retort” yang diberikan kepada mangsa di PPS. – Gambar Ihsan PVAC

Mohd Shukri berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet bantuan bencana melalui JKM sebanyak RM485,000 setiap tahun.

“JKM juga bekerjasama rapat dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam pengurusan pemberian bantuan kepada mangsa bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai, Kampung Wai, Kuala Perlis, Perlis, petang semalam.

Sebanyak 300 orang menyertai Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS yang dianjurkan oleh JKM Perlis selama sehari.

Mohd Shukri memberikan sijil kepada Pengerusi Perlis Volunteer Action Community (PVAC), Effendy Harun pada majlis Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai, Kampung Wai, Kuala Perlis, Perlis, petang semalam. – Gambar Ihsan PVAC

Ia melibatkan penyertaan dari 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), agensi utama yang terlibat dalam PPS, sukarelawan dan juga penduduk setempat.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Wan Badariah Wan Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Pengarah JKM, Ku Chik Ku Mat Esa.

Dalam ucapannya juga Mohd Shukri berharap program ini menjadi perintis kepada program kesedaran pengurusan bencana di peringkat DUN dan juga komuniti bagi memberi pengetahuan dan latihan jika menghadapi bencana alam.

Beliau berkata, buat pertama kali juga peserta program ini diperkenal dengan penggunaan bekalan makanan teknologi “retort”.

Katanya, ia adalah sebagai makanan awal yang akan diberikan kepada mangsa banjir di pusat ini nanti. – SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button