Hiburan

Kemelut rentas negeri, Neelofa minta beri ruang selesaikan masalah

SELEBRITI dan usahawan, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor meminta ruang untuk dia menyelesaikan masalah yang berlaku melibatkan dirinya.

Menurut Neelofa, dia enggan mengulas panjang berkenaan dengan masalah yang dihadapi.

“Saya nak meminta kepada rakan-rakan media yang lama saya kenal supaya diberi peluang untuk menyelesaikan secara profesianally.

“Saya tidak mahu panjang-panjang dan memudaratkan keadaan,” katanya.

Neelofa berkata demikian dalam selepas majlis MoU Fipper Feel The Rubber x The Noor yang berlangsung hari ini.

Sebelum ini, Neelofa dan suaminya yang juga seorang pendakwah bebas, Haris Ismail menjadi sebutan ramai selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Neelofa dan suaminya telah memuat naik gambar mereka bersantai di Pulau Langkawi dan perkara itu telah membuatkan netizen mempertikai tindakan mereka.

Namun, Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields telah mengeluarkan kenyataan yang pasangan tersebut telah memberi dokumen berkenaan perniagaan mereka dan telah diberi kebenaran untuk merentas negeri.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengeluarkan kenyataan yang pasangan itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Malah, Abdul Hamid turut memberitahu yang berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik, pasangan itu didapati telah melanggar SOP yang ditetapkan. -SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button