Parlimen

2,742 rakyat Malaysia dipenjara di luar negara

DEWAN Rakyat hari ini diberitahu seramai Sebanyak 2,742 rakyat Malaysia ditahan dan menjalani hukuman di luar negara.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata berdasarkan maklumat yang diterima Perwakilan Malaysia di luar negara mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk kes dadah, penipuan, pemalsuan kad kredit serta kesalahan kastam dan imigresen.

Jelas Kamarudin, kerajaaan hanya boleh membantu dari sudut nasihat kepada rakyat Malaysia yang ditahan selaras dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsular 1963.

Katanya, perkhidmatan tersebut diberikan melalui Perwakilan Malaysia di luar negara.

“Bantuan konsular yang termaktub di bawah akta ini termasuk memaklumkan penahanan kepada pihak keluarga atau waris, serta memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan tahanan sentiasa terpelihara,” katanya.

Kamarudin menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai bilangan rakyat Malaysia yang dipenjara di luar negara dan langkah kementerian untuk membantu mereka.

Beliau menjelaskan, Perwakilan Malaysia hanya boleh membantu mengemukakan senarai firma guaman tempatan untuk dilantik oleh tahanan atau waris sekiranya diperlukan

Tegas beliau, Perwakilan Malaysia perlu menghormati proses perundangan tempatan dan tidak boleh mencampuri hal ehwal perundangan sesebuah negara.-SM

 

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button