Parlimen

Kebanyakan negeri beralih ke fasa akhir PPN pada Oktober

Kerajaan menjangkakan kebanyakan negeri akan dapat beralih ke iaitu fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal Oktober ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jangkaaan itu berdasarkan usaha berterusan yang dilakukan kerajaan dalam menggerakkan proses pemulihan dan program imunisasi yang sedang berjalan lancar.

“InsyaAllah, dengan usaha berterusan untuk menggerakkan proses pemulihan dan program imunisasi yang sedang berjalan lancar, kita jangkakan kebanyakan negeri dapat beralih ke fasa keempat seawal bulan Oktober nanti.

“Saya juga ingin jelaskan, Kerajaan sudah memutuskan di Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara, bagi negeri yang sudah berada di fasa kedua, ia tidak akan kembali ke fasa pertama.

“Begitu juga dengan negeri yang beralih ke fasa ketiga tidak akan patah balik ke fasa kedua. Ini kerana, pendekatan PPN menekankan dengan izin, exit strategy and no turning back,” kata Muhyiddin ketika memberi penerangan mengenai PPN pada Sidang Khas Parlimen pada hari ini.-SM


 

 

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button