fbpx
Luar Negara

25 juta penduduk Iran dijangkiti Covid-19

PRESIDEN Iran, Hassan Rouhani berkata, seramai 25 juta penduduk negara itu dijangkiti wabak Covid-19 dan 35 juta lagi berisiko untuk dijangkiti.

Rouhani berkata, angka itu berdasarkan laporan baharu Kementerian Kesihatan yang jauh lebih tinggi daripada jumlah rasmi Iran iaitu 269,440 kes dijangkiti.

Rouhani dalam ucapannya di televisyen hari ini tidak menyanggah perbezaan itu.

Iran dengan populasi lebih 80 juta penduduk menjadi negara Timur Tengah paling teruk terjejas akibat wabak Covid-19.

“Anggaran kami kini 25 juta orang Iran dijangkiti virus ini dan sekitar 14,000 lagi menjadi korban,” katanya dalam ucapan.


Katanya lagi, ada kemungkinan antara 30 dan 35 juta orang lain berisiko.

“Secara keseluruhan, lebih 200,000 orang dirawat di hospital,” ujar beliau.

Kementerian Kesihatan semalam memaklumkan, 13,791 angka kematian dicatatkan akibat Covid-19.

Show More

Related Articles

Back to top button