Nasional

19.7 juta rakyat Malaysia lengkap divaksin

SEJUMLAH 19.784 juta atau 60.6 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Sehingga semalam 23.007 juta atau 70.5 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 84.4 peratus atau 19.753 juta orang dewasa kini lengkap menerima dua dos vaksin menghampiri sasaran 90 peratus bagi pembukaan semula sempadan negeri.

Ketika ini 93.8 peratus atau 21.968 juta orang dewasa telahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.


Sementara itu data menunjukkan hanya berbaki enam negeri kurang 80 peratus penduduk dewasa telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Johor mencatatkan 70.7 peratus, Kedah (70.4 peratus), Perak (69.0 peratus), Kelantan (67.5 peratus) dan Sabah (59.1 peratus).

Sementara tiga wilayah telahpun melepasi 90 peratus  dewasa lengkap divaksin iaitu Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (109.8 peratus), Labuan (98.3 peratus) dan Negeri Sembilan (96.3 peratus).-SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button