EkonomiNasionalpilihan

Pelabur asing semakin yakin IRDA catat RM13 bilion pelaburan komited

Iskandar Malaysia telah mencatatkan sebanyak RM13 bilion pelaburan komited, sebanyak RM6 bilion daripadanya telah pun direalisasikan.

Perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  jumlah yang dicatat ini membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia.

Sebanyak lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelaburan asing di wilayah ini untuk pembangunan pusat data (data centre).

“Pelaburan asing ini akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia.

“Secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah ini telah mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan,” ujarnya

Perdana Menteri kata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) kali ke-30.

Dalam pada itu, IRDA turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan.

“Pembangunan teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama Pertanian Moden disegerakan di Kawasan Iskandar Malaysia bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara.

“Ini adalah sejajar dengan agenda Kerajaan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” jelasnya.

Ujar Perdana Menteri lagi, Pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai “Agrifood Hub” Malaysia.

“IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2022 – 2030 yang bakal menjadikan wilayah ini sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara dengan berkonsepkan pembangunan mampan dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan, kejutan dan tekanan masa depan.

“Pembangunan di wilayah ini amat penting bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh,” ujar Perdana Menteri.

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button