Luar Negara

16 terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Cameroon

Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam satu kemalangan di lebuh raya di Awae, wilayah Cameroon di mana ibu kota Yaounde berada, menurut polis.

Kemalangan pada pagi Khamis itu berlaku ketika sebuah bas penumpang 70 tempat duduk bertembung dengan sebuah trak yang sarat dengan balak di lebuh raya Yaounde-Bertoua, kata sumber yang sama.

Saksi memberitahu Xinhua, kanak-kanak dan wanita adalah antara yang maut.

Sekurang-kurangnya 30 orang yang cedera dalam kemalangan itu telah dikejarkan ke hospital tempatan, kata pihak berkuasa tempatan.

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button