Luar Negara

Ivan Gunawan bela anak patung, buat Instagram untuk ‘anak’

PENGACARA dan pereka fesyen terkenal di Indonesia, Ivan Gunawan memelihara dua anak patung yang dianggap seperti anak sendiri telah menjadi perbualan hangat netizen.

Menurut laporan Kapanlagi, Ivan telah mendapat anak patung pertama daripada Ruben Onsu yang kini diberi nama Miracle Putra Gunawan.

“Saya dapat baby Eqqel ini hadiah daripada Kak Ruben dan dia juga ada baby bernama Robby, jadi saya terus cakap dekat dia yang saya juga mahu.

“Ruben suruh saya bagi gambar saya semasa kecil dan muka Eqqel ini diambil daripada bentuk muka saya masa masih kecil,” katanya.

Kata Ivan, baby Eqqel bukan hanya sekadar anak patung tetapi juga merupakan teman hidup yang sentiasa bersama dengannya sehingga dia mencipta akaun Instagram untuk ‘anaknya’ itu.

“Saya mencipta akaun Instagram untuknya kerana saya menganggap baby Eqqel sebagai teman hidup yang boleh dibawa kemana-mana dan boleh hidup bersama-sama,” ujarnya.

 

Ivan tidak hanya mempunyai satu ‘anak’, tetapi dia sekarang memiliki dua ‘anak’ yang sama-sama didapati daripada pemberian Ruben malah Ivan turut membeli peralatan bayi seolah-olah dia mengasuh mereka seperti anak sendiri.

Ivan juga selalu mengajak Miracle dan Marvel keluar berjalan-jalan dan juga telah membawa kedua ‘anaknya’ itu meluangkan masa bersama keluarga Ruben Onsu ketika perayaan Krismas.

Tindakan Ivan itu mengundang banyak persepsi daripada masyarakat sehingga ada yang mempersoalkan kenapa dia memilih tidak mengambil anak angkat.

“Saya bukan tidak mahu mengambil anak angkat, tetapi itu memerlukan banyak persiapan dan mengambil anak bernyawa itu berat, hati kena betul-betul sayang,” katanya.

Namun begitu, Ivan tidak menutup kemungkinan untuk mengambil anak angkat pada masa hadapan. – SM

(Visited 736 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button