Luar Negara

Kanada larang rakyat ada gejala COVID-19 naik kereta api, kapal terbang

KANADA malarang rakyatnya yang mempunyai gejala dijangkiti virus maut COVID-19 tidak akan dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api dan kapal terbang bagi perjalanan dalam negeri.

Perdana Menteri Kanada, Justine Trudeau memberitahu peraturan baharu itu akan bermula Isnin ini.

Mereka yang mahu menggunakan kedua-dua perkhidmatan pengangkutan darat dan udara itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka sihat dan tidak dijangkiti.

“Sesiapa yang mempunyai simptom seperti selesema perlu tinggal di rumah. Kerajaan juga sudah meminta syarikat penerbangan menahan penumpang yang menunjukkan gejala dari penerbangan masuk ke Kanada.

“Perjalanan bas tidak terjejas oleh sekatan baharu ini kerana ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa Persekutuan,” kata Trudeau.

Kanada ketika ini mempunyai 5,655 kes jangkitan COVID-19 dengan 60 kematian.

BACA:

Sementara itu jiran mereka, Amerika Syarikat sejak Khamis lalu mencatatkan bilangan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di dunia dengan setakat semalam (Sabtu) mengorbankan 2,010 nyawa.

Ia melonjak dua kali ganda dalam masa tiga hari, menurut kajian Johns Hopkins University.

Kira-kira satu perempat daripada kes kematian berlaku di New York City, wilayah paling teruk di negara ini, lapor Johns Hopkins.

Kerajaan Itali pula didakwa membiarkan para petugas kesihatan ‘memerangi’ COVID-19 tanpa menyediakan peralatan pelindungan diri (PPE) sehingga menyebabkan lebih 50 orang doktor maut dijangkiti virus tersebut.

Presiden Persatuan Doktor Itali  Filippo Anelli menggesa agar petugas kesihatan di negara itu dibekalkan dengan alat perlindungan diri bagi mengelakkan mereka dijangkiti ketika merawat pesakit.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melindungi pekerja penjagaan kesihatan, untuk memastikan mereka bukan penyebaran virus. Doktor kami telah dihantar ke peperangan tanpa senjata,” kata Anelli kepada The Financial Times.

Itali mempunyai jumlah kematian COVID-19 tertinggi di dunia itu 9,100 orang. Lebih 86,000 rakyatnya kini dijangkiti dengan wabak maut itu dan hampir 11,000 berjaya dipulihkan.

Sekurang-kurangnya 6,414 petugas penjagaan kesihatan di negara itu dilaporkan dijangkiti virus itu.

Di Sepanyol pula angka kematian sudah menghampiri 800 orang  dan ia merekodkan kematian kedua tertinggi di dunia selepas Itali, dengan jumlah kes disahkan meningkat kepada 64,059 mangsa. -SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button