Jenayah

Warga asing tetak budak 11 tahun

Seorang lelaki warga asing didakwa menetak kanak-kanak berusia 11 tahun hingga maut akhirnya Berjaya diberkas pihak polis pada pagi kelmarin.

Suspek yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo, 35, dipercayai melakukan perbuatan kejam itu di perumahan pekerja di Felda Sahabat 30, Lahad Datu.

Pihak Polis berjaya berkas suspek

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, suspek berjaya ditahan selepas pihak polis mempertingkatkan rondaan di kawasan tersebut susulan kejadian bunuh yang berlaku.

‘’Lokasi suspek ditangkap iaitu sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat kejadian bunuh.

‘’Parang yang digunakan suspek berjaya dikesan dengan bantuan anjing pengesan (Unit K9) IPD Lahad Datu.

‘’Polis turut merampas parang berukuran kira-kira 58 sentimeter selepas suspek mendedahkan tempat senjata yang digunakannya dalam kes ini disimpan’’. Katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak maut akibat ditetak oleh rakan kepada bapa tirinya dan mayatnya ditemukan di halaman rumah perumahan pekerja berkenaan dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tetakan pada bahagian kepala, leher dan putus pada tangan kiri mangsa.

Sumber : Sinar Harian

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button