Jenayah

Kemaluan lelaki Pakistan dipotong 4 lelaki di Klang

KEMALUAN seorang lelaki warga Pakistan berusia 32 tahun dipotong oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang Selangor pada Ahad lalu.

Dalam kejadian tersebut lelaki berkenaan sedang duduk bersendirian berhampiran Masjli Alam Impian ketika dihampiri oleh empat lelaki.

Rakan mangsa yang juga warganegara Pakistan, Rizwan Ahmad membuat laporan polis berkaitan kejadian itu kelmarin.

Menurut Rizwan, sebelum kemaluannya dipotong kumpulan lelaki tersebut bertanya soalan peribadi termasuk sama ada sudah berkahwin, pasangannya dan adakah mangsa pernah melakukan hubungan seks ketika di Malaysia.

Namun, mangsa menjawab dia sudah berkahwin dengan pasangannya di Pakistan dan tidak melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.

“Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi). Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.

“India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Penjenayah tersebut kemudian bertanya kepada mangsa mengapa kemaluan mangsa tidak menegang. Bagaimanapun mangsa menjawab dia tidak boleh berereksi ketika itu.

Penjenayah berkenaan berkata, memandangkan kemaluan mangsa tidak boleh menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dianggap tidak berguna lagi.

Namun mangsa merayu kepada suspek supaya jangan memotong kemaluannya.

“Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong,” katanya.

Malangnya, kemaluan mangsa dipotong sebelum ia dicampakkan.

“Dia (suspek) sudah potong habis… lepas tu dia terus lari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat ketika dihubungi, mengesahkan laporan itu. Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.

“Untuk mengesahkan perkara itu berlaku, memang betullah,” katanya.

(Visited 1,314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button