Nasional

Anjung Kasih YKN sedia penginapan sementara untuk keluarga kurang berkemampuan

Perasmian Anjung Kasih YKN Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang telah disempurnakan oleh  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, bersama Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa akan memberikan kemudahanpenginapan sementara untuk golongan yang memerlukan.

Ia khususnya ahli keluarga pesakit yang tidak berkemampuan namun mempunyai keperluan untuk menjaga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Perkhidmatan Anjung Kasih YKN ini menekankan konsep selesa, selamat dan berkualiti demi memastikan kebajikan kumpulan sasar ini terjamin.

Sehingga Mei 2023, perkhidmatan Anjung Kasih ini telah dimanfaatkan seramai 89,864 orang waris pesakit daripada 18 buah Anjung Kasih YKN di seluruh negara.

YKN yang merupakan satu yayasan di bawah KPWKM mengalu-alukan syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan untuk bekerjasama bagi memperluas perkhidmatan Anjung Kasih YKN di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.

Setiap sumbangan wang tunai akan diberikan resit pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai
Pendapatan 1967. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank atas nama YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA MALAYSIA seperti berikut : ALLIANCE ISLAMIC BANK 160140010004801 MAYBANK ISLAMIC BANK BERHAD 568621012284. – SM

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button