Nasional

Bekas KPN Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia awal pagi tadi. Berita pemergian Tun Hanif, 85, disahkan anaknya Abdul Rahmat Omar dalam satu pesanan ringkas kepada media.

“Saya Abdul Rahmat Omar Mohamed Hanif ingin memaklumkan pulangnya ke Rahmatullah ayahanda kami yang dikasihi Hanif Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi,” katanya.

Hanif dilantik sebagai Ketua Polis Negara keempat pada 1974 hingga 1994. Beliau berusia 35 tahun ketika itu dan merupakan Ketua Polis Negara paling lama dalam perkhidmatan iaitu selama 20 tahun.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Hanif adalah pegawai polis muda yang memegang beberapa jawatan tinggi dalam pasukan keselamatan itu.

Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Melaka pada 1970, kemudian ketua polis Selangor pada 1971. Pada 1973 Hanif dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sementara itu, jenazah bekas Ketua Polis Negara ini akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Hanif daripada kami, warga kerja SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button