KemalanganNasional

Wanita maut, 2 lelaki parah kereta langgar pokok

SEORANG wanita maut manakala dua lelaki parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang, awal pagi ini.

Foo Yu Xuan, 24, yang memandu kereta jenis Volkswagen maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Sha’ari Mansor, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi.

“Sebaik pihak bomba tiba, terdapat sebuah kereta dipercayai terbabas telah melanggar sebatang pokok di tepi jalan dan ada tiga mangsa di dalam kenderaan terbabit.

“Kami menjalankan kerja-kerja mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit di dalam kereta itu dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan pada jam 5.27 pagi, sebelum pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa wanita meninggal dunia,” katanya.

Sha’ari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat, manakala dua lagi mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut. – SUMBER FMT – SM

BACA 13 maut bas bertembung dengan trak pikap

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button