Rencah Hidup

Sajat tak perlu buat umrah, sedekah sahaja lagi banyak pahala


PENDAKWAH bebas Ridhuan Tee Abdullah berpandangan MUHAMMAD Sajat Kamarulzaman tidak perlu membuat umrah untuk mendapatkan pahala.

Jelas beliau, jutawan kosmetik itu hanya perlu bersedekah wang beliau pergi umrah tersebut kepada fakir miskin kerana perbuatan itu lebih banyak pahala daripada mencari dosa.

Ridhuan mengulas tindakan Sajat bertudung dan berpakaian wanita ketika berada di kota tersuci umat Islam, Mekah.

Berikut pandangan penuh Ridhuan.

PASAL Sajat sahaja gegak gempita dunia ini, macam tak ada isu lain.

Sedangkan Sajat hanya seorang sahaja. Banyak perkara lain yang melibatkan kepentingan ramai yang perlu dilihat dengan serius.

Sajat pun satu hal, nak pergi umrah, pergilah tak payah pos sana pos sini, macam artis lain juga, nak bagi tahu dunia nak cari umrah mabrur konon. Takut hak mabrur tak dapat, dapat marlboro sahaja.

Pada hemat saya, Sajat tak perlu pergi umrah, sedekah jer duit tu kepada orang lain, untuk buat umrah atau sedekahkan kepada fakir miskin. Jauh lebih banyak pahala daripada mencari dosa.

Ibadat Umrah hari ini sudah tidak menjadi ibadat lagi bagi setengah orang, tetapi menjadi tempat untuk mendapatkan publisiti murahan.

Semua nak cerita terutama berkaitan dengan pergi umrah. Kononnya, syahdu, bertaubat, kirim salam kepada Rasulullah, dan macam-macam lagi ‘taubat nasoha’ yang nak diceritakan.

Malangnya, bila balik daripada umrah. Sama sahaja seperti perangai lama. Malah ada yang lebih teruk lagi.

Dulu, ada artis (penyanyi) tak pakai tudung, pergi umrah/haji, balik pakai tudung, lepas tu buka balik. Selang berapa lama, pakai balik. Alhamdulillah. Islam sudah macam kedai kopi. Suka masuk, tak suka keluar. Adus, letih kita.

Kadang-kadang rasa kasihan juga kepada agamawan dan institusi agama. Kecoh satu dunia,  pasal Sajat pergi umrah. Habis tenggelam isu lain. Sedangkan Sajat seorang sahaja. Bukan ramaipun seperti dia.

Bincanglah isu-isu lebih besar, agar minda jadi besar. Misalnya, serangan demi serangan terhadap Islam oleh ultra kiasu dan lain-lain. Ini tidak, bincang isu Sajat, minda jadi kecil bro.

Imigresen pun satu hal. Takkan tak periksa dalam paspot Sajat, dia ini lelaki ke perempuan. Kenapa lepaskan Sajat. Adakah orang imigresen pun tergoda dengan Sajat.

Siapa yang ‘meraba’ Sajat ketika check point imigresen. Lelaki ke perempuan? Mungkin Sajat berpakaian lelaki masa tu.

Tetapi masih menjadi tanda tanya, bagaimana Sajat boleh terlepas pemeriksaan imigresen. Nak kata imigresen tak kenal, mustahil juga.

Mutawif yang bawa Sajat pergi umrah pun satu hal. Takkan tak boleh beri nasihat kepada Sajat. Mutawif ni kenal ke Sajat atau buat-buat tak kenal

Saya sebenarnya bersimpati dengan Sajat. Bukan salah dia. Siapa yang melepaskan dia.

Sajat silap turut terikut-ikut dengan gelagat artis, mencari publisiti murahan dengan mengerjakan umrah, cerita sana sini, kononnya nak dapatkan umrah mabrur. Yang dikejarkan bukan umrah mabrur tetapi marlboro.

Nasihat saya kepada Sajat, jika dah terlampau banyak duit, sedekahkanlah duit itu kepada fakir miskin, gelandangan, dan umat Islam yang berjuang dan berjihad antara hidup mati mempertahankan Islam.

Pahalanya jauh lebih besar daripada mengejar pahala individu. Inilah Sajat, artis dan segolongan dengannya perlu tahu

Umrah itu ibadat, tidak perlu ceritakan kepada orang lain untuk mencari publisiti.

Ridhuan Tee Abdullah
Pendakwah bebas.

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button