BanjirNasional

12 sungai 5 negeri lepasi paras air bahaya

SEKURANG-kurangnya enam daripada 12 sungai di lima negeri mencatatkan pola meningkat, sekali gus boleh mendatangkan risiko banjir.

Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka melebihi tahap bahaya pagi ini berikutan hujan berterusan yang melanda sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan Berita Harian, empat sungai di Pahang menunjukkan pola meningkat melebihi tahap bahaya.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera melepasi paras bahaya 30.5m iaitu bacaan terkininya adalah 32.7m, sementara Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis 66.13m (paras bahaya 65.5m).

Bagaimanapun Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran menunjukkan trend penurunan namun tetap melepasi paras bahaya 28m iaitu bacaan terkininya 28.43m manakala Sungai Lipis di Benta, Lipis melebihi tahap bahaya 75m iaitu 75.31m.

Sementara itu. Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam, Selangor melebihi tahap bahaya 2.6m berbanding tahap bahaya 2.3m setakat 8.30 pagi tadi.

Di Johor, dua sungai melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Segamat, Segamat mencatatkan aras air 9.36m melepasi tahap bahaya 9.14m dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak merekodkan aras air 4.25m melepasi tahap bahaya empat meter.

Di Negeri Sembilan, dua sungai melepasi tahap bahaya dan menunjukkan pola menaik iaitu Sungai Muar di Pekan Rompin.

Jempol dengan aras air terkini setakat jam 8.45 pagi 37.11m berbanding tahap bahaya 33m dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah 63.68m mengatasi tahap bahaya 63m.

Di Melaka pula, dua sungai melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah merekodkan bacaan 11.95m mengatasi tahap bahaya 11.90m dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah menunjukkan aras air 2.95m melepasi tahap bahaya dua meter.

Kelantan dan Terengganu pula masing-masing empat sungai pada tahap bahaya serta tiga lagi tahap waspada selain dua sungai di Terengganu merekodkan tahap amaran dan lapan lagi tahap waspada. – SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button