Nasional

Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan di Kota Samarahan

EMPAT anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUD) maut dalam insiden tembakan yang berlaku di unit TUDM, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, hari ini.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika waktu anggota bertugas.

Menurut Kenyataan itu, ihak TUDM telah menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“TUDM mengesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh PDRM selesai. Seterusnya TUDM akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kes itu.


katanya, empat maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM Kota Samarahan dalam kejadian berlaku pukul 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri,” katanya dalam kenyataan.

(Visited 104 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button