Jenayah

empat penyamun warga asing cuba rempuh polis

SEKUMPULAN anggota polis berdepan detik cemas apabila nyaris dilanggar sebuah kereta yang dinaiki empat orang warganegara asing semata-mata untuk mengelak daripada ditahan.

Kejadian berlaku kawasan The Strand, Kota Damansara, Selangor, pada awal pagi semalam ketika polis cuba menahan kereta jenis Honda City yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ketika proses pemeriksaan hendak dijalankan suspek telah cuba melarikan diri.

“Suspek cuba merempuh anggota polis yang membuat pemeriksaan dan susulan itu beberapa das tembakan telah dihalakan ke arah tayar hadapan dan belakang kereta itu.

“Beberapa buah kereta juga telah dirempuh suspek ketika cuba melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek berjaya melarikan diri hingga ke Flat Gugusan Dedap, Kota Damansara sebelum berjaya ditahan.

Bagaimanapun jelasnya, dua suspek sahaja berjaya ditahan manakala dua lagi telah melarikan diri.

“Hasil siasatan terhadap suspek telah membawa ke sebuah rumah di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

“Di rumah tersebut kita telah menemukan pelbagai jenus barangan seperti beg tangan dan pasport,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 307, Seksyen 180 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button