Jenayah

Peserta portes #lawan dapat RM92,800 bayar kompaun

SERAMAI 31 peserta protes #lawan di Dataran Merdeka Khamis lalu mengutip derma daripada orang ramai untuk membayar kompaun berjumlah RM62,000.

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya berjaya mengutip RM92,800 dalam tempoh sehari.

Sejumlah 688 individu menyumbang bagi membayar kompaun yang dikenakan kepada setiap peserta berkenaan.

“Ia melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.

“Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan,” kata kenyataan tersebut.

SSR turut memaklumkan pihaknya akan memperincikan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan bagi memastikan ketelusan mereka mengendalikan sumbangan yang diterima dalam masa terdekat.

Ahli SSR itu dikompaun RM2,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana terbabit dalam perhimpunan bermula jam 8 malam.

Mereka dikompaun mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kumpulan yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan pada 19 Ogos.

Semalam Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) memohon bantuan orang ramai untuk membayar kompaun sebanyak RM62,000 selepas 31 peserta dari kumpulan terbabit didapati berkumpul di Dataran Merdeka pada 19 Ogos lalu.-SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button