fbpx
Nasional

100 juta pokok dalam masa lima tahun

MALAYSIA melatakkan sasaran untuk menanam 100 juta pokok dalam masa lima tahun mulai tahun 2025  dalam usaha  mengerakkan usaha penghijauan negara.

Diterajui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan jabatan perhutanan negeri, kempen itu melibatkan usaha menggerakkan masyarakat untuk bersama-sama kerajaan menanam pokok bagi mencapai sasaran itu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam sidang media selepas majlis pra-pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di sini hari ini, berkata sebanyak 20 juta pokok disasarkan dapat ditanam di seluruh negara pada tahun pertama pelaksanaan kempen itu.

Beliau berkata jabatan-jabatan di bawah kementeriannya akan memfokuskan kepada penanaman pokok kebangsaan iaitu pokok Merbau dan spesis pokok yang semakin pupus manakala orang awam termasuk sektor swasta dan badan bukan kerajaan digalakkan menanam pokok berkayu dan berbatang.

“Tanamlah satu pokok. Kalau seluruh rakyat Malaysia tanam (pokok), ia akan mempercepatkan kita capai sasaran,” katanya.


Shamsul Anuar berkata pemantauan terhadap pelaksanaan kempen yang bertemakan “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” itu akan dibuat menggunakan aplikasi Penghijauan Malaysia dan laman web www.100jutapokok.gov.my.

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button