NasionalNegeri

Raja Puan Muda berkenan hadir majlis BAKAT Rejimen 504 Askar Wataniah

RAJA Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima undangan berangkat menghadiri ‘Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih’ anjuran Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen 504 Askar Wataniah yang diadakan di Restoran Fairy Le Phenomenal, Kangar, petang semalam.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi BAKAT Rejimen yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri berkenaan, Endahsari Abd Rahman.

Majlis tersebut turut meraikan perpisahan Endahsari yang akan mengikuti suami, Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak yang akan bertukar setelah empat tahun berkhidmat di Perlis di bawah naungan Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander.

Ketika di sini Mohamad Zaidi telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif baru termasuklah majlis perasmian ‘Surau Al-Watani’, penamaan kolam rejimen dan pelepasan benih ikan di dalamnya, program motivasi rejimen bersama sekolah-sekolah, ‘Majlis Khatan Perdana R504AW’ serta program ‘Lemari Makanan ‘ (Foodbank) anggota dan penduduk sekitar. – SM

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button