Nasional

Pertama kali dalam sejarah Perdana Menteri ketuai takbir raya

SYAWAL kali yang disambut dalam suasana berbeza ekoran penularan wabak Covid-19 mencatatkan sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri sendiri mengetuai takbir hari raya Aidilfitri.

Tan Sri Muhyiddin mengetuai takbir hari raya yang turut disertai barisan kabinetnya serta ketua-ketua agensi kerajaan yang disiarkan oleh hampir semua stesen televisyen di negara malam ini.

Sebelum ini belum pernah ada seorang Perdana Menteri mengetuai takbir hari raya menjelang sambutan Aidilfitri.

Antara yang mengambil bahagian dalam takbir hari raya tersebut ialah Menteri Kanan  Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan Tengku Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Turut menyertai takbir raya itu ialah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohamad Zulkifkli Al Bakri, Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Razdi Jidin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

(Visited 810 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button