Nasional

Dividen konvensional KWSP 5.20 peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2020.

Dividen tersebut sedikit rendah berbanding 2019 iaitu 5.45 peratus (konvensional) dan 5 peratus (shariah).

Keseluruhan jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.

Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, KWSP telah berjaya melindungi simpanan persaraan ahli dengan baik, di samping memenuhi keperluan mendesak untuk mereka menangani cabaran semasa.

“Penyebaran dan kebolehjangkitan COVID-19 yang pantas telah menyebabkan ia sukar dibendung dan dikawal. Namun, langkah proaktif kami dalam menangani kesan daripada wabak itu telah membantu kami untuk mengatasi pelbagai cabaran.

“Fokus ke arah digitalisasi telah membolehkan kami membantu ahli dengan lebih cekap dan lancar di samping memastikan KWSP tetap relevan dengan ahli yang kian celik teknologi,” katanya.

Jumlah yang diagihkan KWSP lebih tinggi jika dibandingkan dengan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada kadar 4.25 sen seunit seperti diumumkan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Disember lalu.-SM

 

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button